Bayang Penipu
Bayang itu
penipu
Bagaimana
mungkin
Terbit
bangga
Bagaimana
boleh
Punya iri
padanya
Sedang..
Itu
cerminanmu
Barangkali,
begitu juga
dia memahamimu
lantas
enggan mengikutimu
hari ini kau
suka
Hari ini dia
duka
Hari ini
panjang jengkalmu
Pendek pula
depanya.
Bayangmu.
Kau saja
yang tahu.
Begitu
lakumu.
Dia tidak
menutur,
Cuba sekali
dia menegur,
pasti kau
akur,
dek kerana
malu padanya.
Bayangku,
Selalulah kau
disampingku,
Memerhati mengingatkanku,
Akan erti
kehidupan,
Engkau
risalah tanzir,
Dari Allah
dalam menafsir,
Supaya bila
aku beribadat,
Kau temani
senyumanku,
Supaya bila
aku bermaksiat,
Bayang,
Hadiah dari
Tuhan,
Kerana mata
tak terjangkau,
Peribadi sendiri,
Kerana telinga
mudah ragu,
Akan ucapan
termateri,
Dialah
teman sunyi.
Memperingatkan
kamu di siang hari,
Mengherdik lakumu
di malam hari.
- semoga bayang
kita mengingatkan setiap laku kita-
-Yien
Wildan-
0351am
Kampung
Tokeng
No comments:
Post a Comment