28/07/2013

Cerpen: NKC Part 2



Rashidi memegang al-Quran coklat pemberian isterinya itu. Apa yang dia mampu hanya memahami makna Melayu. Dia sudah lupa akan setiap bacaannya. Apalagi dengan solat yang sudah lama tidak dikerjakannya.

Pertamanya, Syahira, aku minta maaf, aku sempat tersenyum dihari pernikahan kita. Walau aku tahu, itu bukan dengan relamu, tapi kau kena tahu, aku rela berkahwin denganmu bersebab, sayang. Kerana hanya dengan mengahwinimu sahaja aku boleh menghabiskan pengajianku. Mungkin kau tidak mengenali siapa Dato’ Zahri. Walid memang serius tidak suka dengan imej aku yang aku anggap trendy, tapi, walid yang berkopiah, apa dia tahu pasal trend ni kan? So, aku mengahwini kamu demi kepentingan diri sendiri. Maaf lagi kerana disepanjang kau berada di Dublin, sedikit pun kasih sayang tak tumpah buat kau. Kau harus faham, aku memang serius dengan kerja aku. Jadi, aku mohon Ima menjaga kau sepanjang aku sibuk. Alhamdulillah, dia senang menolongku. Aku call Ima seminggu 6 kali. Tanyakan pasal kau, sebab kalau aku tak tahu perkembangan kau, then walid call, bernanah telinga aku menahan ayat –ayat pedih dari walid buat aku. Itu kenyataannya. Tapi sekarang, aku call Ima lebih dari 20 kali seminggu. Sebabnya aku sudah mula rindu kamu.

Kertas kuning diperhati lagi. Sudah berkeping-keping yang diberikan kepadanya. Bodohnya aku! Kenapa aku tidak meminta nombor telefon Syahira? Mungkin dia tidak perlu menghantar notis begini lagi buat aku.

Nota kecil pertama diperhatikannya,.
“Assalamualaikum, selamat berizzah. Syukur, Shira dapat beruzlah dan menikmati keindahan kota Dublin. Shira keluar hari ni, dengan Ima. Erm, Adam dah selawat belum hari ni. Jom kita poskan permohonan kita kepada Rasulullah. Semoga permohonan kita diluluskan dan kita akan disyafaat di akhirat kelak.
Salam sayang, Syahira.”

Syahira, ada sebabnya Allah temukan kamu dengan aku. Aku percaya itu. Tapi, aku langsung tidak layak mendapat kasih-sayang insan semulia mu. Bait-bait nota kecil kedua dan seterusnya di perhatikan. Tersenyum dikala melihat nota kecil kedua dari Shira. Terasa dirinya begitu jahil, mengapa tidak mendapat fikiran mulus seperti Shira?

Nota kecil lagi?

“Assalamualaikum, dah selawat belum hari ni? Jangan lupa jugak, al-fatihah untuk Shira tau?”

Ya, Syahira, abang dah bacakan al-Fatihah untuk semuanya. Abang dah baca buat Rasulullah S.A.W, buat Malaikat, buat sahabat-sahabat baginda, buat walid, ayah, umi, mak, Aina, buat lecturer. Buat semuanya, Shira. Aku malu dengan tindakan aku. Setelah aku mendapat nota kecilmu kali kedua, terus mataku aku gosok-gosokkan. Al-Fatihah? Bukan bismillah tu ke? Al-Fatihah? Sebab apa?.

Adam Rashidi tersenyum sinis. Senyuman buat dirinya atas kejahilannya. Tangannya laju menekan nombor Ima. Selaju itu juga, Ima mengangkat panggilan.

“Assalamualaikum, cik abang. Ye? Kenapakah?”suara lembut itu kedengaran jelas dicorong telefonnya.

“Shira ada?”. Pendek tapi cukup dapat memahamkan Ima akan kehendak Rashidi.

“Dia ada. Tengah baca al-Quran. Kenapa?”, suara serius Rashidi dijawab dengan serius oleh Ima.

“Erk? Ok. Dia suruh aku bacakan al-Fatihah untuk dia. Tak ke gila?”
Ima tersenyum. Dia memandang Syahira yang masih bertelekung. Shira begitu sempurna. Sangat manis orangnya disebalik purdahnya. Tak banyak bicara kecuali ilmu. Tak banyak gelak dan senyumannya manis. Ima terpegun dengan sahabat yang baharu dikenalinya. Cuma mungkin Rashidi yang tidak menyedarinya. Al-Quran Shira dah renyuk-renyuk. Mungkin dah terlalu sebati dengan dirinya. Masih Ima ingat, Shira ada berkata padanya, dia menjadi yakin dengan adanya al-Quran, dan tiada yang lebih sayangi melainkan al-Qurannya yang sentiasa dibawa kemana sahaja. Lamunan Ima terhenti dengan suara kecil yang masih berbaki di gegendang telefonnya.

“Hoi!!! Hello!!! Kau nak aku bacakan al-Fatihah untuk kau sekali ke? Kau ni, Ima”.

Ima tergelak kecil. Lupa dia sedang berborak dengan sahabat karibnya itu kerana terkenangkan Syahira yang terlalu indah. Syahira memandang Ima. Dia sudah memeluk dan mencium al-Qurannya. Ima menghulurkan handsetnya pada Shira. Dia terus menyambutnya.

“Assalamualaikum.” Panggilan terputus. Syahira melihat skrinnya. Tiada lagi suara. Dia tersenyum. Dahi Ima berkerut.

‘Aik? Kenapa diputuskan?’. Syahira masih tersenyum. Bibirnya yang merah merekah seakan bersinar.

“Adam mungkin dah habis kredit.” Hanya itu yang dilafazkan Syahira. Imah tersenyum dan memeluk bahu Syahira. Dia ingin mendekati Syahira sedalamnya. Mencari rahsia disebalik kesempurnaan insan bertubuh genit itu. Begitulah apa yang Ima ceritakan buat aku.

Waktu itu aku sengaja meletakkan telefon. Kerana aku tak suka kau tanya aku soalan melibatkan iman atau Islam. Itu hal masing-masing. Jangan pernah kau campur adukkan dengan kehidupan aku. Untuk itu, aku ingin memohon maaf andai aku membuatkan kamu terluka hari itu, Shira.

Hari-hari mendapat nota daripada Syahira, buatkan aku rimas pada mulanya. Aku sudah besar. Kau pula 4 tahun lagi muda dari aku. To be honest, aku rasa setiap kata-kata kamu itu hanya permainan budak kecil. Sehingga aku terbaca nota kecil ketigamu. Nota ini buatkan aku seram sejuk. Mungkin kau menyindirku, mungkin kau menyayangiku,

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh wamaghfiratuh.
Ertinya, salam sejahtera buat kamu , semoga Allah merahmatimu, memberi keberkatannya dan mengampunkanmu. Semoga, dengan ucapan salam itu, kamu juga menjawab salam itu buat diri Shira. Perjalanan kita tidak akan sunyi dari dosa noda. Sepantas detik waktu berlari, sederas itu juga, ajal akan menghampiri. Hari ini, suatu hari lagi baru, yang ditakdirkan buat Shira. Andai hari ini tiada, mungkin Shira tidak akan lagi berada di Kota Dublin. Dan mungkin juga walid Adam akan memarahi Adam kerana Adam gagal menjaga Shira. Bukan itu soalnya, kerana Shira sayangkan Adam, Shira mahu Adam kuat , biar Adam gagah melawan nafsu Adam. Demi jiwa sesungguhnya, bila kita dimatikan oleh Allah, jiwa kita akan meronta mahu di hidupkan kembali. Benar! Kita tidak akan diberi peluang oleh Allah untuk hidup lagi. Tapi, hari ini Allah hidupkan kita kembali.dengan hari ini, dengan satu lagi peluang Allah berikan, teruskanlah berjuang demi sebuah dunia abadi. Akhirat..
Tak mahu panjang-panjang, di sini sahaja. Esok Shira sambung lagi. Jom selawat.
Ikhlas, Syahira.

Nota kecilmu itu menyiat lemak kemaksiatan aku, Shira. Kau membuatkan aku kalah pada budak perempuan yang usianya hanya 22 tahun. Apa dalam fikiran kamu? Kenapakah kamu berfikiran mengenai usia akhiratmu, sedangkan kau masih punyai peluang berlipat kali ganda dari aku. Empat tahun sudah merupakan jangka yang lama bagi kau merebut pahala sebanyaknya Syahira.

Syahira, segala nota kecil kamu aku simpankan di dalam buku aku. Diari muslim. Aku tahu, jika kau mengetahui isi diari ini, kau pasti terkejut. Aku bukan sepertimu. Aku jauh berbeza dari kamu. Aku masih ingat kali pertama aku mendapat jubah putih dan kopiah putih. Maaf sayang, aku telah membuangnya. Tapi, nota kecilmu membuatkan aku mengambilnya kembali. Aku segan mahu menyarungnya. Aku segan dengan hati hitam aku, bagaimana mungkin aku memakai jubah putih, kopiah putihmu. Hanya mungkin akan ada suatu masa, aku akan memakainya.

Tapi pelik, kenapa hari ini dan semalam, tiada lagi kertas kuning kau tampalkan di meja aku? Di skrin laptop mungkin. Atau pada almari bukuku. Kau sedia tahu, apa yang selalu ku sentuh,kerana tempat yang kau tampalkan itu, menjadi tempat permainanku. Hari ini aku sudah boleh membaca al-Quran, berbekal cd-rom yang kau berikan, pun sudah boleh membaca ma’thurat bersama cd yang kau berikan. Syukur kau tidak banyak bertanya, Syahira. Aku lebih suka begini, kerana, aku tidak akan segan mempelajarinya al-Quran berdasarkan cd. Aku suka baca nota kecil yang kau selit pada cd- rom yang kau berikan pada aku.

Mungkin aku menyindirmu, mungkin aku menyayangimu.

No comments: