Mungkin
aku menyindirmu, mungkin aku menyayangimu.
Aku
faham bait itu, kau menyindirku kerana kau menyayangiku, begitu maksud kamu
kan?syukur, alhamdulillah, aku mendapat kamu sebagai isteriku.
Syahira,
kenapa aku berada disini, ajalku sudah tiba mungkin. Aku sendiri di padang yang
hijau. Tanpa buku, tanpa walid, tanpa umi, tanpa kamu. Namun, siapakah makhluk
hitam disana. Syahira, hadiahkan al-Fatihah buat suamimu ini. Aku bimbang
selepas ini, aku tidak mampu bangun dan membaca al-Fatihah sepertimu.
Lembaga
itu berlari pantas menuju Rashidi dan menolaknya jatuh kedalam gaung curam.
Yang hanya ada dihati Rashidi hanya Allah. Tubuh sasa itu terus tercampak.
Melayang bagaikan kekabu.
“Allahuakbar!”
Seluruh
anggota keluarga Rashidi tersentak. Rashidi yang sudah dua hari tidak sedarkan
diri disebabkan terperangkat di dalam lif sudah tersedar. Datin Safiyya
menggenggam tangan anaknya kemas. Air matanya luruh deras. Dada Rashidi
berombak kencang. Bibirnya pucat kebiruan. Shira yang turut menangis menyeka
air matanya. Dia tahu, memang dia sayangkan suaminya.
****
Adam
Rashidi diam seribu bahasa. Dia cuba mengingati apa yang berlaku. Susuk genit
di hadapannya diperhatinya lama. Siapa ni? Syahira memalingkan wajahnya kearah
Adam dengan senyuman. Mata Adam berkedip-kedip ditangkap oleh adiknya, Aina.
“Ehem-ehem.
Nampaknya, Along dah terkesima ni.” Ketawa kecil Aina ditangkap gegendang
telinga Adam. Serta merta wajah Adam Rashidi merona merah lagi. Dia tersenyum
menahan malu. Shira tersenyum. Geli hati dengan kata-kata Aina yang dari tadi
menyakat kakak iparnya itu. Terus kakinya melangkah meluru keruangan dapur
rumah itu. Rashidi terus memaut bahu adiknya seraya melihat bayang-bayang Shira
hilang dari matanya.
“siapa?”,
tanyanya penuh keliru. Lantas riasnya diangkat.
“jangan
main-mainlah, long!’, bibir Aina dimuncungkan.
“Ha!
Muncung-muncung! Along sangkut baju along kat situ. Nak? Bagi kekal sikit.”
Rashidi menarik-narik hidung adiknya. Aina tersenyum manja. Alongnya itu memang
suka menyakatnya. Datin Saffiya yang baru keluar dari dapur melihat telatah
mereka berdua. Ada-ada sahajalah kamu berdua ni!
Rashidi
meluru kearah umminya.
“Mi!
Siapa tu? Ummi tak pernah cerita pun dekat Di? Bawa dari Malaysia ke Dublin
lagi. Mesti ada apa-apa, kan? betul tak? Anak angkat? Tak cukup ke kami berdua
je Mi?”.
“Siapa
mana?”. Persoalan anak sulungnya itu menyebabkan Datin Safiyya kehairanan.
“Yang
tu. Cantik tu la?”. Mata Rashidi meninjau-ninjau kelibat perempuan itu lagi.
“Astaghfirullahal’azim.
Kamu ni. Tu, baju biru tu?”, Rashidi mengangguk.
Datin
Safiyya dan Aina mengerutkan dahi mereka. Mahu disepak sahaja kaki alongnya
itu, biar tersembam, terus ingat pada kakak iparnya. Apalah. Koma ke dia? Ke
gejala tidur berlebihan? Syahira berpaling lagi. Dia sudah menapak hanya dua
tiga inci dari ibu mertuanya.
“
Assalamualaikum, saya anak ummi. Syahira Hanani binti Ibrahim.”
“
Shi..shira?”
Syahira
mengerutkan dahinya. Kenapa lagak suaminya begitu pelik. Dia mengangguk.
Rashidi tersenyum dengan lebarnya. Matanya sekejap dialih pada Shira, sekejap
dialih pada umminya. Kemudian dia tergelak. Hatinya terlalu gembira. Terlalu
gembira. Seperti sudah mahu keluar jantung dari badannya.
“Shira!
Syahira.” Terus isterinya dipeluk. Syahira yang hanya diparas bahunya itu hanya
berdiam diri. Amat segan dengan keadaan itu. Dia belum pernah bercakap dengan
suaminya. Namun cukup mengerti setiap bisikan hati suaminya. Cukup mengenal
susuk suaminya dengan pertolongan Ima yang bercerita macam-macam mengenai
suaminya. Berbeza dengan Rashidi yang belum pernah memandang wajah isterinya.
Belum mengenali siapa isterinya.
“Ni
isteri Di, ummi?Oh nilah wajah sebalik purdah tu.” semua tergelak melihat
gelagat Adam Rashidi. Masing-masing menggiling kepala.
“Ya
Allah, syukurnya.. alhamdulillah, Di tak pernah kenal Shira. Hari ni baru
tengok muka isteri sendiri.”, wajah Shira dipandang lama. Shira menundukkan
wajahnya, namun diangkat kembali oleh Rashidi .
“Jangan
tunduk lagi! Abang takut abang tak kenal isteri abang lagi. Lagipun Shira ada
hutang dengan abang, kan?”. Mahu sahaja dia memeluk dan mencium isterinya itu.
Shira mengerutkan dahinya. Setahunya, mereka tidak pernah berbual. Hanya ketika
berada di Dublin Airport. Itu pun hanya sekejap.
“Erm,
apa ye?”, gumam Shira.
“Abang
nak tiga kertas kuning hari ni. Shira dah tiga hari ponteng tak bagi nota kecil
kat abang kan?”, ujar Rashidi.
Shira
tersenyum. Baru lega hatinya. Ingatkan ponteng apa tadi!
“Ok,
sir!”
“Erm,
tak payah tulis. Tulah, sombong, mintak nombor telefon kita ni mana dia nak?
Kan tak payah tulis kat kertas kuning tu lagi, mesej je?”, Shira menjelingnya
manja. Terserlah lesung pipitnya. Comelnya, bila senyum sambil menjeling.
“Shira
tak mahu hantar mesej. Nanti Adam boleh hilangkan dengan satu klik je. Kalau
Shira tulis kat nota, bagi Adam ingat Shira sikit.”Rashidi tersenyum manis.
Kini tinggal mereka berdua di ruangan itu.
“Ok,
jadi hari ni, abang tak nak kertas kecik tu lagi, naik rabun abang baca.
tulisan Shira cantik sangat, khat-khat segala, abang nak dengar tiga nota kecil
buat abang hari ini.”
Memang
benar,dia akui tulisan Shira amat cantik.
“Ok. Tak
ada masalah, nota kecil pertama, selawat selalu, jangan lupa.”Shira tersenyum.
“Ok. Tak
lupa. Lagi?”, matanya mencari mata isterinya. Namun, mungkin isterinya agak
kekok dengan keadaan itu. Sempat sahaja matanya itu dialihkan.
“Lagi...
al-Fatihah bukan untuk orang meninggal je. Untuk kita jugak.”
“Ok..
lagi.. last, nak yang boleh buat abang ingat sampai bila-bila.”, nada suaranya
seperti berbisik dan mulutnya didekatkan pada telinga isterinya. Shira yang
sedikit kekok mahu mencabar keberanian suaminya. Terus kakinya dihinjit.
Tangannya memeluk leher suaminya. Kekok! Tapi tetap mahu!!
“Lastly..
Shira Hanani bt. Ibrahim sayang suami dia, Adam Rashidi bin Izhar. Saya mahu
bahagia bersama suami saya sampai syurga. Amin!”, kata-katanya yang diakhiri
dengan jerit menyebabkan Adam Rashidi tersenyum. Dia terus mengucup ubun-ubun
isterinya. Masing-masing menahan malu. “Abang dah sedia nak pakai jubah putih
yang Shira bagi. Kita naik haji tahun ni, nak? Kita ajak mak, ayah, ummi,
walid, Aina.” Shira tersenyum. Cepat-cepat dia mengangguk. Alhamdulillah. Aku
bahagia!!
Nota
kecil dari Shira: boleh jadi yang kita tidak suka, itu terbaik buat kita, dan
boleh jadi yang kita suka dan agung-agungkan tu tidak baik untuk kita.
Nota
kecil dari Rashidi: aku malu mengenangkan pergaduhan aku dengan walid. Betapa
aku tak perlu menolak Syahira. Apa pun, walid! You’re the best walid in the
world! Cayalah!”
1 comment:
Waaaah!. Syok2. nk jd cm syira la
Post a Comment