01/08/2013

Sajak : Bayang Penipu



Bayang Penipu

Bayang itu penipu
Bagaimana mungkin
Terbit bangga
Bagaimana boleh
Punya iri padanya
Sedang..
Itu cerminanmu

Barangkali,
begitu juga dia memahamimu
lantas enggan mengikutimu
hari ini kau suka
Hari ini dia duka
Hari ini panjang jengkalmu
Pendek pula depanya.

Bayangmu.
Kau saja yang tahu.
Begitu lakumu.
Dia tidak menutur,
Cuba sekali dia menegur,
pasti kau akur,
dek kerana malu padanya.
Bayangku,
Selalulah kau disampingku,
Memerhati mengingatkanku,
Akan erti kehidupan,
Engkau risalah tanzir,
Dari Allah dalam menafsir,
Supaya bila aku beribadat,
Kau temani senyumanku,
Supaya bila aku bermaksiat,
Kau hinakan aku dengan lakumu.

 
Bayang,
Hadiah dari Tuhan,
Kerana mata tak terjangkau,
Peribadi sendiri,
Kerana telinga mudah ragu,
Akan ucapan termateri,
Dialah teman sunyi.
Memperingatkan kamu di siang hari,
Mengherdik lakumu di malam hari.

- semoga bayang kita mengingatkan setiap laku kita-
-Yien Wildan-
0351am
Kampung Tokeng

31/07/2013

Sajak : Nahu Hidup



Titik hayat lantas bermula,
Serentak! Bila kehidupan sudah bernama,
Mendadak! Bila ruh ditiup bersama,
Dari denai usia,
Dia ajarkan kita bahagia dan derita,
Maha Benar setiap firmanNya,
Diingatkan berkali-kali akan tatasusila,
Dalam amanah pada HaqNya,
Hadiah terbesar,
Agar,
Kita tak leka,
Dalam membilang detik dan masa.

Mencongak  kita mengira,
Menghisab kita menisbah ,
Rutin hidup pengembara kecil,
Memahami dan sedia faqqih,
Manis pengalaman berukir takdir,
Pahit penghidupan bersalut noda,
Ilmu kaji hidup tidak pernah  hilang.

Dia mengajarkan kita lagi,
Erti perbendaharaan ruhani,
Erti nahu hidup,
Makna rumus takdir,
Agar kita tak salah taksir,
Moga kita tak salah congak,
Supaya kita tidak salah agak.

Pulanglah pada Ilahi dengan tenang ,
Sebagaimana kamu dilahirkan dengan aman.

-Yien Wildan-
06:25 am.
1Ogos 2013
Kampung Tokeng

28/07/2013

Cerpen: NKC Part 3 [end]



Mungkin aku menyindirmu, mungkin aku menyayangimu.

Aku faham bait itu, kau menyindirku kerana kau menyayangiku, begitu maksud kamu kan?syukur, alhamdulillah, aku mendapat kamu sebagai isteriku.

Syahira, kenapa aku berada disini, ajalku sudah tiba mungkin. Aku sendiri di padang yang hijau. Tanpa buku, tanpa walid, tanpa umi, tanpa kamu. Namun, siapakah makhluk hitam disana. Syahira, hadiahkan al-Fatihah buat suamimu ini. Aku bimbang selepas ini, aku tidak mampu bangun dan membaca al-Fatihah sepertimu.

Lembaga itu berlari pantas menuju Rashidi dan menolaknya jatuh kedalam gaung curam. Yang hanya ada dihati Rashidi hanya Allah. Tubuh sasa itu terus tercampak. Melayang bagaikan kekabu.

“Allahuakbar!”

Seluruh anggota keluarga Rashidi tersentak. Rashidi yang sudah dua hari tidak sedarkan diri disebabkan terperangkat di dalam lif sudah tersedar. Datin Safiyya menggenggam tangan anaknya kemas. Air matanya luruh deras. Dada Rashidi berombak kencang. Bibirnya pucat kebiruan. Shira yang turut menangis menyeka air matanya. Dia tahu, memang dia sayangkan suaminya.

****

Adam Rashidi diam seribu bahasa. Dia cuba mengingati apa yang berlaku. Susuk genit di hadapannya diperhatinya lama. Siapa ni? Syahira memalingkan wajahnya kearah Adam dengan senyuman. Mata Adam berkedip-kedip ditangkap oleh adiknya, Aina.

“Ehem-ehem. Nampaknya, Along dah terkesima ni.” Ketawa kecil Aina ditangkap gegendang telinga Adam. Serta merta wajah Adam Rashidi merona merah lagi. Dia tersenyum menahan malu. Shira tersenyum. Geli hati dengan kata-kata Aina yang dari tadi menyakat kakak iparnya itu. Terus kakinya melangkah meluru keruangan dapur rumah itu. Rashidi terus memaut bahu adiknya seraya melihat bayang-bayang Shira hilang dari matanya.

“siapa?”, tanyanya penuh keliru. Lantas riasnya diangkat.

“jangan main-mainlah, long!’, bibir Aina dimuncungkan.

“Ha! Muncung-muncung! Along sangkut baju along kat situ. Nak? Bagi kekal sikit.” Rashidi menarik-narik hidung adiknya. Aina tersenyum manja. Alongnya itu memang suka menyakatnya. Datin Saffiya yang baru keluar dari dapur melihat telatah mereka berdua. Ada-ada sahajalah kamu berdua ni!

Rashidi meluru kearah umminya.

“Mi! Siapa tu? Ummi tak pernah cerita pun dekat Di? Bawa dari Malaysia ke Dublin lagi. Mesti ada apa-apa, kan? betul tak? Anak angkat? Tak cukup ke kami berdua je Mi?”.

“Siapa mana?”. Persoalan anak sulungnya itu menyebabkan Datin Safiyya kehairanan.

“Yang tu. Cantik tu la?”. Mata Rashidi meninjau-ninjau kelibat perempuan itu lagi.

“Astaghfirullahal’azim. Kamu ni. Tu, baju biru tu?”, Rashidi mengangguk.

Datin Safiyya dan Aina mengerutkan dahi mereka. Mahu disepak sahaja kaki alongnya itu, biar tersembam, terus ingat pada kakak iparnya. Apalah. Koma ke dia? Ke gejala tidur berlebihan? Syahira berpaling lagi. Dia sudah menapak hanya dua tiga inci dari ibu mertuanya.

“ Assalamualaikum, saya anak ummi. Syahira Hanani binti Ibrahim.”

“ Shi..shira?”

Syahira mengerutkan dahinya. Kenapa lagak suaminya begitu pelik. Dia mengangguk. Rashidi tersenyum dengan lebarnya. Matanya sekejap dialih pada Shira, sekejap dialih pada umminya. Kemudian dia tergelak. Hatinya terlalu gembira. Terlalu gembira. Seperti sudah mahu keluar jantung dari badannya.

“Shira! Syahira.” Terus isterinya dipeluk. Syahira yang hanya diparas bahunya itu hanya berdiam diri. Amat segan dengan keadaan itu. Dia belum pernah bercakap dengan suaminya. Namun cukup mengerti setiap bisikan hati suaminya. Cukup mengenal susuk suaminya dengan pertolongan Ima yang bercerita macam-macam mengenai suaminya. Berbeza dengan Rashidi yang belum pernah memandang wajah isterinya. Belum mengenali siapa isterinya.

“Ni isteri Di, ummi?Oh nilah wajah sebalik purdah tu.” semua tergelak melihat gelagat Adam Rashidi. Masing-masing menggiling kepala.

“Ya Allah, syukurnya.. alhamdulillah, Di tak pernah kenal Shira. Hari ni baru tengok muka isteri sendiri.”, wajah Shira dipandang lama. Shira menundukkan wajahnya, namun diangkat kembali oleh Rashidi .

“Jangan tunduk lagi! Abang takut abang tak kenal isteri abang lagi. Lagipun Shira ada hutang dengan abang, kan?”. Mahu sahaja dia memeluk dan mencium isterinya itu. Shira mengerutkan dahinya. Setahunya, mereka tidak pernah berbual. Hanya ketika berada di Dublin Airport. Itu pun hanya sekejap.

“Erm, apa ye?”, gumam Shira.

“Abang nak tiga kertas kuning hari ni. Shira dah tiga hari ponteng tak bagi nota kecil kat abang kan?”, ujar Rashidi.

Shira tersenyum. Baru lega hatinya. Ingatkan ponteng apa tadi!

“Ok, sir!”

“Erm, tak payah tulis. Tulah, sombong, mintak nombor telefon kita ni mana dia nak? Kan tak payah tulis kat kertas kuning tu lagi, mesej je?”, Shira menjelingnya manja. Terserlah lesung pipitnya. Comelnya, bila senyum sambil menjeling.
“Shira tak mahu hantar mesej. Nanti Adam boleh hilangkan dengan satu klik je. Kalau Shira tulis kat nota, bagi Adam ingat Shira sikit.”Rashidi tersenyum manis. Kini tinggal mereka berdua di ruangan itu.

“Ok, jadi hari ni, abang tak nak kertas kecik tu lagi, naik rabun abang baca. tulisan Shira cantik sangat, khat-khat segala, abang nak dengar tiga nota kecil buat abang hari ini.”
Memang benar,dia akui tulisan Shira amat cantik.

“Ok. Tak ada masalah, nota kecil pertama, selawat selalu, jangan lupa.”Shira tersenyum.

“Ok. Tak lupa. Lagi?”, matanya mencari mata isterinya. Namun, mungkin isterinya agak kekok dengan keadaan itu. Sempat sahaja matanya itu dialihkan.

“Lagi... al-Fatihah bukan untuk orang meninggal je. Untuk kita jugak.”

“Ok.. lagi.. last, nak yang boleh buat abang ingat sampai bila-bila.”, nada suaranya seperti berbisik dan mulutnya didekatkan pada telinga isterinya. Shira yang sedikit kekok mahu mencabar keberanian suaminya. Terus kakinya dihinjit. Tangannya memeluk leher suaminya. Kekok! Tapi tetap mahu!!

“Lastly.. Shira Hanani bt. Ibrahim sayang suami dia, Adam Rashidi bin Izhar. Saya mahu bahagia bersama suami saya sampai syurga. Amin!”, kata-katanya yang diakhiri dengan jerit menyebabkan Adam Rashidi tersenyum. Dia terus mengucup ubun-ubun isterinya. Masing-masing menahan malu. “Abang dah sedia nak pakai jubah putih yang Shira bagi. Kita naik haji tahun ni, nak? Kita ajak mak, ayah, ummi, walid, Aina.” Shira tersenyum. Cepat-cepat dia mengangguk. Alhamdulillah. Aku bahagia!!

Nota kecil dari Shira: boleh jadi yang kita tidak suka, itu terbaik buat kita, dan boleh jadi yang kita suka dan agung-agungkan tu tidak baik untuk kita.

Nota kecil dari Rashidi: aku malu mengenangkan pergaduhan aku dengan walid. Betapa aku tak perlu menolak Syahira. Apa pun, walid! You’re the best walid in the world! Cayalah!”

Cerpen: NKC Part 2



Rashidi memegang al-Quran coklat pemberian isterinya itu. Apa yang dia mampu hanya memahami makna Melayu. Dia sudah lupa akan setiap bacaannya. Apalagi dengan solat yang sudah lama tidak dikerjakannya.

Pertamanya, Syahira, aku minta maaf, aku sempat tersenyum dihari pernikahan kita. Walau aku tahu, itu bukan dengan relamu, tapi kau kena tahu, aku rela berkahwin denganmu bersebab, sayang. Kerana hanya dengan mengahwinimu sahaja aku boleh menghabiskan pengajianku. Mungkin kau tidak mengenali siapa Dato’ Zahri. Walid memang serius tidak suka dengan imej aku yang aku anggap trendy, tapi, walid yang berkopiah, apa dia tahu pasal trend ni kan? So, aku mengahwini kamu demi kepentingan diri sendiri. Maaf lagi kerana disepanjang kau berada di Dublin, sedikit pun kasih sayang tak tumpah buat kau. Kau harus faham, aku memang serius dengan kerja aku. Jadi, aku mohon Ima menjaga kau sepanjang aku sibuk. Alhamdulillah, dia senang menolongku. Aku call Ima seminggu 6 kali. Tanyakan pasal kau, sebab kalau aku tak tahu perkembangan kau, then walid call, bernanah telinga aku menahan ayat –ayat pedih dari walid buat aku. Itu kenyataannya. Tapi sekarang, aku call Ima lebih dari 20 kali seminggu. Sebabnya aku sudah mula rindu kamu.

Kertas kuning diperhati lagi. Sudah berkeping-keping yang diberikan kepadanya. Bodohnya aku! Kenapa aku tidak meminta nombor telefon Syahira? Mungkin dia tidak perlu menghantar notis begini lagi buat aku.

Nota kecil pertama diperhatikannya,.
“Assalamualaikum, selamat berizzah. Syukur, Shira dapat beruzlah dan menikmati keindahan kota Dublin. Shira keluar hari ni, dengan Ima. Erm, Adam dah selawat belum hari ni. Jom kita poskan permohonan kita kepada Rasulullah. Semoga permohonan kita diluluskan dan kita akan disyafaat di akhirat kelak.
Salam sayang, Syahira.”

Syahira, ada sebabnya Allah temukan kamu dengan aku. Aku percaya itu. Tapi, aku langsung tidak layak mendapat kasih-sayang insan semulia mu. Bait-bait nota kecil kedua dan seterusnya di perhatikan. Tersenyum dikala melihat nota kecil kedua dari Shira. Terasa dirinya begitu jahil, mengapa tidak mendapat fikiran mulus seperti Shira?

Nota kecil lagi?

“Assalamualaikum, dah selawat belum hari ni? Jangan lupa jugak, al-fatihah untuk Shira tau?”

Ya, Syahira, abang dah bacakan al-Fatihah untuk semuanya. Abang dah baca buat Rasulullah S.A.W, buat Malaikat, buat sahabat-sahabat baginda, buat walid, ayah, umi, mak, Aina, buat lecturer. Buat semuanya, Shira. Aku malu dengan tindakan aku. Setelah aku mendapat nota kecilmu kali kedua, terus mataku aku gosok-gosokkan. Al-Fatihah? Bukan bismillah tu ke? Al-Fatihah? Sebab apa?.

Adam Rashidi tersenyum sinis. Senyuman buat dirinya atas kejahilannya. Tangannya laju menekan nombor Ima. Selaju itu juga, Ima mengangkat panggilan.

“Assalamualaikum, cik abang. Ye? Kenapakah?”suara lembut itu kedengaran jelas dicorong telefonnya.

“Shira ada?”. Pendek tapi cukup dapat memahamkan Ima akan kehendak Rashidi.

“Dia ada. Tengah baca al-Quran. Kenapa?”, suara serius Rashidi dijawab dengan serius oleh Ima.

“Erk? Ok. Dia suruh aku bacakan al-Fatihah untuk dia. Tak ke gila?”
Ima tersenyum. Dia memandang Syahira yang masih bertelekung. Shira begitu sempurna. Sangat manis orangnya disebalik purdahnya. Tak banyak bicara kecuali ilmu. Tak banyak gelak dan senyumannya manis. Ima terpegun dengan sahabat yang baharu dikenalinya. Cuma mungkin Rashidi yang tidak menyedarinya. Al-Quran Shira dah renyuk-renyuk. Mungkin dah terlalu sebati dengan dirinya. Masih Ima ingat, Shira ada berkata padanya, dia menjadi yakin dengan adanya al-Quran, dan tiada yang lebih sayangi melainkan al-Qurannya yang sentiasa dibawa kemana sahaja. Lamunan Ima terhenti dengan suara kecil yang masih berbaki di gegendang telefonnya.

“Hoi!!! Hello!!! Kau nak aku bacakan al-Fatihah untuk kau sekali ke? Kau ni, Ima”.

Ima tergelak kecil. Lupa dia sedang berborak dengan sahabat karibnya itu kerana terkenangkan Syahira yang terlalu indah. Syahira memandang Ima. Dia sudah memeluk dan mencium al-Qurannya. Ima menghulurkan handsetnya pada Shira. Dia terus menyambutnya.

“Assalamualaikum.” Panggilan terputus. Syahira melihat skrinnya. Tiada lagi suara. Dia tersenyum. Dahi Ima berkerut.

‘Aik? Kenapa diputuskan?’. Syahira masih tersenyum. Bibirnya yang merah merekah seakan bersinar.

“Adam mungkin dah habis kredit.” Hanya itu yang dilafazkan Syahira. Imah tersenyum dan memeluk bahu Syahira. Dia ingin mendekati Syahira sedalamnya. Mencari rahsia disebalik kesempurnaan insan bertubuh genit itu. Begitulah apa yang Ima ceritakan buat aku.

Waktu itu aku sengaja meletakkan telefon. Kerana aku tak suka kau tanya aku soalan melibatkan iman atau Islam. Itu hal masing-masing. Jangan pernah kau campur adukkan dengan kehidupan aku. Untuk itu, aku ingin memohon maaf andai aku membuatkan kamu terluka hari itu, Shira.

Hari-hari mendapat nota daripada Syahira, buatkan aku rimas pada mulanya. Aku sudah besar. Kau pula 4 tahun lagi muda dari aku. To be honest, aku rasa setiap kata-kata kamu itu hanya permainan budak kecil. Sehingga aku terbaca nota kecil ketigamu. Nota ini buatkan aku seram sejuk. Mungkin kau menyindirku, mungkin kau menyayangiku,

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh wamaghfiratuh.
Ertinya, salam sejahtera buat kamu , semoga Allah merahmatimu, memberi keberkatannya dan mengampunkanmu. Semoga, dengan ucapan salam itu, kamu juga menjawab salam itu buat diri Shira. Perjalanan kita tidak akan sunyi dari dosa noda. Sepantas detik waktu berlari, sederas itu juga, ajal akan menghampiri. Hari ini, suatu hari lagi baru, yang ditakdirkan buat Shira. Andai hari ini tiada, mungkin Shira tidak akan lagi berada di Kota Dublin. Dan mungkin juga walid Adam akan memarahi Adam kerana Adam gagal menjaga Shira. Bukan itu soalnya, kerana Shira sayangkan Adam, Shira mahu Adam kuat , biar Adam gagah melawan nafsu Adam. Demi jiwa sesungguhnya, bila kita dimatikan oleh Allah, jiwa kita akan meronta mahu di hidupkan kembali. Benar! Kita tidak akan diberi peluang oleh Allah untuk hidup lagi. Tapi, hari ini Allah hidupkan kita kembali.dengan hari ini, dengan satu lagi peluang Allah berikan, teruskanlah berjuang demi sebuah dunia abadi. Akhirat..
Tak mahu panjang-panjang, di sini sahaja. Esok Shira sambung lagi. Jom selawat.
Ikhlas, Syahira.

Nota kecilmu itu menyiat lemak kemaksiatan aku, Shira. Kau membuatkan aku kalah pada budak perempuan yang usianya hanya 22 tahun. Apa dalam fikiran kamu? Kenapakah kamu berfikiran mengenai usia akhiratmu, sedangkan kau masih punyai peluang berlipat kali ganda dari aku. Empat tahun sudah merupakan jangka yang lama bagi kau merebut pahala sebanyaknya Syahira.

Syahira, segala nota kecil kamu aku simpankan di dalam buku aku. Diari muslim. Aku tahu, jika kau mengetahui isi diari ini, kau pasti terkejut. Aku bukan sepertimu. Aku jauh berbeza dari kamu. Aku masih ingat kali pertama aku mendapat jubah putih dan kopiah putih. Maaf sayang, aku telah membuangnya. Tapi, nota kecilmu membuatkan aku mengambilnya kembali. Aku segan mahu menyarungnya. Aku segan dengan hati hitam aku, bagaimana mungkin aku memakai jubah putih, kopiah putihmu. Hanya mungkin akan ada suatu masa, aku akan memakainya.

Tapi pelik, kenapa hari ini dan semalam, tiada lagi kertas kuning kau tampalkan di meja aku? Di skrin laptop mungkin. Atau pada almari bukuku. Kau sedia tahu, apa yang selalu ku sentuh,kerana tempat yang kau tampalkan itu, menjadi tempat permainanku. Hari ini aku sudah boleh membaca al-Quran, berbekal cd-rom yang kau berikan, pun sudah boleh membaca ma’thurat bersama cd yang kau berikan. Syukur kau tidak banyak bertanya, Syahira. Aku lebih suka begini, kerana, aku tidak akan segan mempelajarinya al-Quran berdasarkan cd. Aku suka baca nota kecil yang kau selit pada cd- rom yang kau berikan pada aku.

Mungkin aku menyindirmu, mungkin aku menyayangimu.