Rashidi
memegang al-Quran coklat pemberian isterinya itu. Apa yang dia mampu hanya
memahami makna Melayu. Dia sudah lupa akan setiap bacaannya. Apalagi dengan
solat yang sudah lama tidak dikerjakannya.
Pertamanya,
Syahira, aku minta maaf, aku sempat tersenyum dihari pernikahan kita. Walau aku
tahu, itu bukan dengan relamu, tapi kau kena tahu, aku rela berkahwin denganmu
bersebab, sayang. Kerana hanya dengan mengahwinimu sahaja aku boleh
menghabiskan pengajianku. Mungkin kau tidak mengenali siapa Dato’ Zahri. Walid
memang serius tidak suka dengan imej aku yang aku anggap trendy, tapi, walid
yang berkopiah, apa dia tahu pasal trend ni kan? So, aku mengahwini kamu demi
kepentingan diri sendiri. Maaf lagi kerana disepanjang kau berada di Dublin,
sedikit pun kasih sayang tak tumpah buat kau. Kau harus faham, aku memang
serius dengan kerja aku. Jadi, aku mohon Ima menjaga kau sepanjang aku sibuk.
Alhamdulillah, dia senang menolongku. Aku call Ima seminggu 6 kali. Tanyakan
pasal kau, sebab kalau aku tak tahu perkembangan kau, then walid call, bernanah
telinga aku menahan ayat –ayat pedih dari walid buat aku. Itu kenyataannya.
Tapi sekarang, aku call Ima lebih dari 20 kali seminggu. Sebabnya aku sudah
mula rindu kamu.
Kertas
kuning diperhati lagi. Sudah berkeping-keping yang diberikan kepadanya.
Bodohnya aku! Kenapa aku tidak meminta nombor telefon Syahira? Mungkin dia
tidak perlu menghantar notis begini lagi buat aku.
Nota
kecil pertama diperhatikannya,.
“Assalamualaikum,
selamat berizzah. Syukur, Shira dapat beruzlah dan menikmati keindahan kota
Dublin. Shira keluar hari ni, dengan Ima. Erm, Adam dah selawat belum hari ni.
Jom kita poskan permohonan kita kepada Rasulullah. Semoga permohonan kita
diluluskan dan kita akan disyafaat di akhirat kelak.
Salam
sayang, Syahira.”
Syahira,
ada sebabnya Allah temukan kamu dengan aku. Aku percaya itu. Tapi, aku langsung
tidak layak mendapat kasih-sayang insan semulia mu. Bait-bait nota kecil kedua
dan seterusnya di perhatikan. Tersenyum dikala melihat nota kecil kedua dari
Shira. Terasa dirinya begitu jahil, mengapa tidak mendapat fikiran mulus
seperti Shira?
Nota
kecil lagi?
“Assalamualaikum,
dah selawat belum hari ni? Jangan lupa jugak, al-fatihah untuk Shira tau?”
Ya,
Syahira, abang dah bacakan al-Fatihah untuk semuanya. Abang dah baca buat
Rasulullah S.A.W, buat Malaikat, buat sahabat-sahabat baginda, buat walid,
ayah, umi, mak, Aina, buat lecturer. Buat semuanya, Shira. Aku malu dengan
tindakan aku. Setelah aku mendapat nota kecilmu kali kedua, terus mataku aku
gosok-gosokkan. Al-Fatihah? Bukan bismillah tu ke? Al-Fatihah? Sebab apa?.
Adam
Rashidi tersenyum sinis. Senyuman buat dirinya atas kejahilannya. Tangannya
laju menekan nombor Ima. Selaju itu juga, Ima mengangkat panggilan.
“Assalamualaikum,
cik abang. Ye? Kenapakah?”suara lembut itu kedengaran jelas dicorong
telefonnya.
“Shira
ada?”. Pendek tapi cukup dapat memahamkan Ima akan kehendak Rashidi.
“Dia
ada. Tengah baca al-Quran. Kenapa?”, suara serius Rashidi dijawab dengan serius
oleh Ima.
“Erk?
Ok. Dia suruh aku bacakan al-Fatihah untuk dia. Tak ke gila?”
Ima
tersenyum. Dia memandang Syahira yang masih bertelekung. Shira begitu sempurna.
Sangat manis orangnya disebalik purdahnya. Tak banyak bicara kecuali ilmu. Tak
banyak gelak dan senyumannya manis. Ima terpegun dengan sahabat yang baharu
dikenalinya. Cuma mungkin Rashidi yang tidak menyedarinya. Al-Quran Shira dah
renyuk-renyuk. Mungkin dah terlalu sebati dengan dirinya. Masih Ima ingat,
Shira ada berkata padanya, dia menjadi yakin dengan adanya al-Quran, dan tiada
yang lebih sayangi melainkan al-Qurannya yang sentiasa dibawa kemana sahaja.
Lamunan Ima terhenti dengan suara kecil yang masih berbaki di gegendang
telefonnya.
“Hoi!!!
Hello!!! Kau nak aku bacakan al-Fatihah untuk kau sekali ke? Kau ni, Ima”.
Ima
tergelak kecil. Lupa dia sedang berborak dengan sahabat karibnya itu kerana
terkenangkan Syahira yang terlalu indah. Syahira memandang Ima. Dia sudah
memeluk dan mencium al-Qurannya. Ima menghulurkan handsetnya pada Shira. Dia
terus menyambutnya.
“Assalamualaikum.”
Panggilan terputus. Syahira melihat skrinnya. Tiada lagi suara. Dia tersenyum.
Dahi Ima berkerut.
‘Aik?
Kenapa diputuskan?’. Syahira masih tersenyum. Bibirnya yang merah merekah
seakan bersinar.
“Adam
mungkin dah habis kredit.” Hanya itu yang dilafazkan Syahira. Imah tersenyum
dan memeluk bahu Syahira. Dia ingin mendekati Syahira sedalamnya. Mencari
rahsia disebalik kesempurnaan insan bertubuh genit itu. Begitulah apa yang Ima
ceritakan buat aku.
Waktu
itu aku sengaja meletakkan telefon. Kerana aku tak suka kau tanya aku soalan
melibatkan iman atau Islam. Itu hal masing-masing. Jangan pernah kau campur
adukkan dengan kehidupan aku. Untuk itu, aku ingin memohon maaf andai aku
membuatkan kamu terluka hari itu, Shira.
Hari-hari
mendapat nota daripada Syahira, buatkan aku rimas pada mulanya. Aku sudah
besar. Kau pula 4 tahun lagi muda dari aku. To be honest, aku rasa
setiap kata-kata kamu itu hanya permainan budak kecil. Sehingga aku terbaca
nota kecil ketigamu. Nota ini buatkan aku seram sejuk. Mungkin kau menyindirku,
mungkin kau menyayangiku,
Assalamualaikum
warahmatullahiwabarakatuh wamaghfiratuh.
Ertinya,
salam sejahtera buat kamu , semoga Allah merahmatimu, memberi keberkatannya dan
mengampunkanmu. Semoga, dengan ucapan salam itu, kamu juga menjawab salam itu
buat diri Shira. Perjalanan kita tidak akan sunyi dari dosa noda. Sepantas
detik waktu berlari, sederas itu juga, ajal akan menghampiri. Hari ini, suatu
hari lagi baru, yang ditakdirkan buat Shira. Andai hari ini tiada, mungkin
Shira tidak akan lagi berada di Kota Dublin. Dan mungkin juga walid Adam akan
memarahi Adam kerana Adam gagal menjaga Shira. Bukan itu soalnya, kerana Shira
sayangkan Adam, Shira mahu Adam kuat , biar Adam gagah melawan nafsu Adam. Demi
jiwa sesungguhnya, bila kita dimatikan oleh Allah, jiwa kita akan meronta mahu
di hidupkan kembali. Benar! Kita tidak akan diberi peluang oleh Allah untuk
hidup lagi. Tapi, hari ini Allah hidupkan kita kembali.dengan hari ini, dengan
satu lagi peluang Allah berikan, teruskanlah berjuang demi sebuah dunia abadi.
Akhirat..
Tak mahu
panjang-panjang, di sini sahaja. Esok Shira sambung lagi. Jom selawat.
Ikhlas, Syahira.
Nota
kecilmu itu menyiat lemak kemaksiatan aku, Shira. Kau membuatkan aku kalah pada
budak perempuan yang usianya hanya 22 tahun. Apa dalam fikiran kamu? Kenapakah
kamu berfikiran mengenai usia akhiratmu, sedangkan kau masih punyai peluang
berlipat kali ganda dari aku. Empat tahun sudah merupakan jangka yang lama bagi
kau merebut pahala sebanyaknya Syahira.
Syahira,
segala nota kecil kamu aku simpankan di dalam buku aku. Diari muslim. Aku tahu,
jika kau mengetahui isi diari ini, kau pasti terkejut. Aku bukan sepertimu. Aku
jauh berbeza dari kamu. Aku masih ingat kali pertama aku mendapat jubah putih
dan kopiah putih. Maaf sayang, aku telah membuangnya. Tapi, nota kecilmu
membuatkan aku mengambilnya kembali. Aku segan mahu menyarungnya. Aku segan
dengan hati hitam aku, bagaimana mungkin aku memakai jubah putih, kopiah
putihmu. Hanya mungkin akan ada suatu masa, aku akan memakainya.
Tapi
pelik, kenapa hari ini dan semalam, tiada lagi kertas kuning kau tampalkan di
meja aku? Di skrin laptop mungkin. Atau pada almari bukuku. Kau sedia tahu, apa
yang selalu ku sentuh,kerana tempat yang kau tampalkan itu, menjadi tempat
permainanku. Hari ini aku sudah boleh membaca al-Quran, berbekal cd-rom yang
kau berikan, pun sudah boleh membaca ma’thurat bersama cd yang kau berikan.
Syukur kau tidak banyak bertanya, Syahira. Aku lebih suka begini, kerana, aku
tidak akan segan mempelajarinya al-Quran berdasarkan cd. Aku suka baca nota
kecil yang kau selit pada cd- rom yang kau berikan pada aku.
Mungkin
aku menyindirmu, mungkin aku menyayangimu.